Assalamualaikum W.B.T
Alhamdullillah..ayda berasa bersyukur sgt2 atas segala kurniaan Allah S.W.T selama hidup di muka bumi ini..jgn lah kita jemu mengucapkan syukur kita kpd Allah ya..pesanan ni utk diri sendiri jugak =)
Untuk dikongsikan dgn lavly readers sekalians, insyaallah ayda akan berpeluang mengerjakan ibadah Umrah di Makkah bermula dari 16hb- 29hb July 2012. Ayda ke sana bersama suami tercinta dan juga family sebelah suami.
Pada mulanya, my hubby merancang utk berhoneymoon ke Tokyo, Japan sempena Annivesary ke 5 kami. Namun, itulah yg dinamakan qada' dan qadar..kita hanya merancang..tapi Allah jua yg menentukan.
Hubby dh plan and even booked dh tiket utk ke Tokyo since last year lagi..even before Tsunami di Fukushima lagi. So selepas dengar berita yg Japan dilanda tsunami, i mean..we were a bit worried about the trip, tapi mcm dh bernekad nk pegi jgak..lantas ayda plak ada terbaca regarding Radiation yg menular di sebahagian negara Jepun kesan nuclear power plant mereka meletups..Owhhh noooh! it's soooo dangerous to go there and risk our life, expose ourselves to radiation u know..even though Azran (CEO Air Asia X) told it's safe to have a vacation there... Hurmmm... i was like very reluctant to go and hubyy agreed to let go the booked-ticket-for-two-to-n-fro.. i said..Tak apalah, takde rezki kita nk gi japan thn nie..so my hubby pun akur...
Actually, my husband ni dia rindukan Japan so much sbb dh lama dia tinggalkan negara matahari terbit tu. Dia further studies di sana and rasa naaaak sgt lah ke sana. I was more than glad to ikut him and having our romantic annivesary there...again..tak apa lah..
So, nak dijadikan cerita, one nite, his mommy called him and offered us utk buat umrah dlm bulan puasa with Andalusia. So i was like..bestnyer!! boleh berpuasa kat Mekah! So, dia pun kata OK and we all pun start lah getting ready to perform Umrah sebaik yg boleh..
Itulah kisah permulaannya..nak tau selanjutnya tunguuuuu =)
P/s: ayda ade terbaca catatan umrah bro kita sorang ni.. besh gaks. start dari situ baru faham dgn jelas mengapa kita perlu mengerjakan umrah. Thanks bro for enlighthening me!
Boleh bace kat sini >
.
.
.
.
.
.
.
Catatan Umrah 20
Falsafah haji dan umrah ini amat penting untuk diambil iktibar bagi mereka yang datang ke sini.
Secara amnya, semua amalan di sini berkait rapat dan terus dengan pengorbanan sebuah keluarga di zaman lalu.
Nabi Ibrahim AS diutuskan Allah sebagai Nabi dan Rasul, berkahwin dengan Siti Sarah tetapi Allah tidak mengurniakan anak hingga Nabi Ibrahim menikah pula dengan jariahnya, Siti Hajar, dengan izin Allah Hajar mengandung dan anak yang lahir dari Hajar dinamai Ismail, juga seorang Nabi.
Manakala dari sebelah Sarah sana kemudian lahir pula seorang anak lelaki dinamai Ishaq, juga seorang Nabi, daripada Ishaq lahir Yaakub yang juga digelar Israel. Nabi Israel.
Daripada Nabi Israel ini lahir semua Nabi selepas itu, dinamakan Bani Israel, anak-anak Israel, anak-anak Nabi Yaakub.
Manakala di sebelah Hajar tadi Ismail menurunkan keturunan Bani Hashim, Abdul Mutallib, Abdullah dan Muhammad, seorang Nabi dan Rasul. Kita pernah tulis hal ini dalam label Lawan Hujah. Silalah baca semula.
Pengorbanan keluarga ini, Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail dijadikan Allah syiar agama ini, agama Nabi Ibrahim, millah Ibrahim Hanif, Muslim, menyerah diri.
Nabi Mulia Muhammad mengajar semula kita semua syariat ini, yang pernah hilang ditelan jahiliyah.
Bila kita melondehkan pakaian dan memakai kain dua keping itu, semua sifat jahat, ego, kedudukan, pangkat, kekayaan, pingat kebesaran, title sewajarnya terlondeh sama.
Dua keping kain itu dalam masa sama mengingatkan kita kain kapan yang bakal baluti kita selepas saja kita mati.
Kemudian kita bertawaf, amalan sejak zaman Nabi Ibrahim as, amalan para Nabi, amalan malaikat di Baitul Makmur.
Kemudian kita bersaei, naik ke Safa dan Marwah mengikuti jejak Hajar berlari ke tempat yang tinggi untuk mencari air dan bantuan di kawasan yang amat tandus. Penat ke sana ke sini akhirnya Hajar akur yang hanya Allah tempat dia sewajarnya bergantung dalam keadaan begitu.
Allah datangkan zam zam dari kaki Ismail yang mulia itu, yang sejak itu telah diminum dan di bawa balik orang dari seluruh dunia setiap hari tapi telaga berkat itu tidak pernah kering. Demikianlah Allah mengkehendaki.
Jika buat haji pula ada amalan melontar dan berkorban, juga berkait terus dengan Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Pengorbanan keluarga ini disukai Allah dan diredhainya, maka syariat ini Allah berikan kepada kita sebagai salah satu cara mencari redhanya, melalui Nabi Muhammad SAW.
Baginda mengajarkan kita hal ini, agama Nabi Ibrahim, sungguh besar jasa Nabi SAW terhadap manusia.
Bayangkan jika tiada pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim ini, bagaimana urusan Haji dan Umrah kita sedangkan semuanya berkaitan dengan aktiviti keluarga ini?
Di sebelah keturunan Nabi Yaakub AS tadi, berpecahlah amalan asal agama Nabi Ibrahim ini kepada 2 yang besar, Kristian dan Yahudi.
Mereka tidak akan dapat buat amalan Nabi Ibrahim, moyang Nabi-Nabi mereka juga selagi mereka berada di agama lain selain daripada Islam.
Kita sebagai orang Islam juga janganlah enggan berkorban untuk melakukan amalan agama Nabi Ibrahim ini, yang hanya ada di Tanah Haram.
Datanglah, berkorbanlah. Tinggalkan kesenangan kita di rumah kita, tinggalkan urusan kerja kita buat sementara, keluarkan duit saku dan belanja, sahut cabaran melaksanakan amalan agama Nabi Ibrahim ini.
Kalau kita tak buat pun, berduyun duyun manusia lain sedang buat meninggalkan kita. Allah tidak perlukan amalan kita untuk Dia menjadi kuat. Dia Al Adzim, dia Malikul Mulk, dia sedia Ghaniyun dan Istighna'. Terkaya, Maha Kaya. Belanja kita untuk ke sini tidak akan mengkayakan Allah.
Semuanya untuk diri sendiri, maka datanglah.
Wallahu'alam, wassalam.
via arkam@mobile®