Assalamulaikum W.B.T
Hi readers yg budiman sekalian, suasana ptg yg tenang dan hujan gerimis ni membawa memory ayda kembali mengenangkan AlHaramain yg lebih kurang sebulan ayda tinggalkan..seriously..hati ni masih di sana.. Nak bercerita kat kwn2 or org sekeliling..nnti org nampak kita ni riak..x baik dose.. Balik2 nk cerita pasal kat sane..sikit2 nk compare dgn sane.. Risau la jgk kan. Bkan semua yg kita buat org akan suka..
To tell u guys the truth..me n my hubby sebenarnya langsung xsempat attend kursus umrah..preparation dan ilmu mengerjakan umrah pun kurang dan xlengkap.. Kami hanya belajar dgn Tok Ayah (hubby's grandpa) je..dan dia ckp "Nok buak umroh , mudoh jaa..buke keno hafal doa' dlm buku pun..cukup dgn zikir, selawat dan doa' yg kito hajat. Tuo mudo buleh blako..tok sey nanti tuo bru nok gi buak umroh..."
inilah Tok Ayah..He performs Umrah in Ramadhan every year..nak jadi mcm dia jugak lah
Dengar nasihat tok ayah hatiku mula yakin yg aku pun boleh laksanakan ibadah umrah dgn sempurna..Perasaan yg mulanya agak blur blur sebelum sampai di Tanah Haram telah bertukar menjadi tenang dan excited yg teramat sgt..walaupun ilmu praktikal ttg umrah ni sgtlah cetek.. Betapa besarnya nikmat ketenangan yg Allah kurniakan sesampai je di Madinatul Munawwarah a.k.a Bandar yg Bercahaya..
Ni first time jejak kaki di Bumi Madinah
terserlah kecuakkan kt wajahku..namun aku yakin..Allah sentiasa bersamaku..
Sesampainya kami di sana..jemaah Andalusia ditempatkan di hotel Durrat Al-Fayroz yg terletak lebih kurang 400 meter dari Masjid Nabawi. Kami dijamu makan dan menetap di situ selama 3 hari 2 malam.
Jemaah tgh tunggu kunci bilik
Di dewan makan Durrat Al-Fayroz
Dinner malam itu...so refreshing!
Mr. Hubby is enjoying a cuppa hot tea =p
view dari bilik hotel
Bermulalah ibadah ziarahku di bumi Madinah ini..At first, byk persolan yg bermain diminda spt.."Kenapa kita ziarah Madinah ek?" pastu diri sendiri jawab.."Madinah kan petempatan baru yg dikembangkan oleh Baginda RasulullahS.A.W..so kita kena lah ziarah" that was question and answer session yg first sekali crossed my mind masa tu.. However, setelah menunaikan solat subuh di masjid Nabawi for a first time...hatiku mula rasa sebak.. Mutawwif (tourist guide/ustaz) pula selalu memberi tazkirah tentang betapa besarnya pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W dlm memperkembangkan agama Islam di dunia ini..so baru kusedar bahawa kedatanganku utk menziarahi bumi Madinah ni bukanlah sekadar suka-suka, tapi banyak iktibar dan panduan yg kita dpt apply dlm kehidupan seharian..
Masjid Nabawi yg dibina oleh Bagina Rasulallah..Kubah hijau itulah dikenali sebagai Raudhah- tempat di mana doa paling mustajab dan diterima Allah..Subhanallah..
Menziarah Madinah pada Ayda adalah amat penting sebelum kita mengerjakan ibadah umrah..sebab bermula dgn mengenal Rasul lah..hati dan minda kita akan semakin terbuka untuk mengagungkan Allah S.W.T, pencipta kita yg Maha Esa. Dari ziarah ke Madinah ini, ayda dpt menghayati kenapa kita wajib berselawat ke atas junjungan mulia kita Rasulallah S.A.W. Di Madinah, juga ayda dpt melihat betapa hebatnya pengorbanan Rasulallah S.A.W dlm menyebarkan ajaran Islam meskipun byk tentangan oleh Kafirun..namun beliau tetap terus berusaha. Dan yang paling sebak apabila mengingati baginda Rasulallah ialah beliau sentiasa memastikan bahwa kita, umahnya sentiasa hidup dlm keadaan yg baik, sihat selamat serta memohon agar Allah lindungi umatnya yakni umat akhir zaman..
Ada sedikit dalil berkaitan ini, jemput baca:
Dari kitab Ihya Ibnu Masud berkata : Kami masuk ke tempat rasulullah s.a.w di rumah ibu kita Aisyah r.a. ketika Rasulullah sudah mendekati bercerai dengan dunia. Maka beliau memandang kepada kami lalu keluarlah airmata dari kedua matanya. Kemudian beliau bersabda Artinya:
Selamat datang kepada mu! Dihidupkan kamu oleh Allah Di beri tempat kamu oleh Allah. Ditolong kamu oleh Allah, Aku wasiatkan kamu dengan taqwa kepada Allah. Aku wasiatkan kepada mu Akan MENGINGATI ALLAH. Bahawa aku adalah yang memberi khabar peringatan dan yang menjelaskan kepada mu daripada Allah. Bahawa tidaklah kamu itu meninggi atas Allah di negerinya dan hamba hambanya. sesungguhnya telah dekatlah Ajal dan balik kembali kepada Allah, ke sidratul muntaha. Ke jannatul ma'wa, dan ke gelas yang lebih sempurna. Maka ucapkanlah kepada dirimu sendiri dan kepada orang yang masuk ke dalam Agamamu sesudahku , daripada ku akan Salam dan rahmat Allah.
Dirawikan dari Al-Bazzar dari ibnu mas'ud.
Di riwayatkan bahawa nabi S.A.W bertanya kepada Jibrail A.S ketika beliau akan wafat. (Man li ummati ba'di) Artinya: Siapakah untuk umatku sesudah ku? Maka Allah ta'aa mewahyukan kepada Jibrail A.S " Bahawa sampaikanlah khabar gembira kepada kekasihku, bhawa Aku tidak menghinakannya pada umatnya, Sampaikanlah khabar gembira kepadanya bahawa dialah manusia yang tersegera keluar dari kuburnya, apabila manusia dibangkitkan, dalah penghulu mereka apabila dibangkitkan, dalah penghulu mereka apabila dikumpulkan, bhawa syurga itu tidak diberikan kepada umat umat yang lain sebelum umatnya masuk."
Betapa specialnya Rasulallah S.A.W di sisi Allah. Dan telah terbukti betapa sayang baginda Rasulallah S.A.W kat kita semua..sama-samalah kita berselawat ke atasnya.
jom kita berselawat sesama =)
see u in Part 3
thanks for reading my entry
No comments:
Post a Comment